Sunday, April 27, 2008

Kenapa kesesatan? (Bahagian 2)




Beberapa faktor dan punca lain boleh dikenal pasti kepada berkembangnya pengaruh dan aktiviti ajaran sesat ini ialah:

1. Obsessi manusia terhadap data- data dan maklumat superior dan mukjizat, yang melingkungi diri nabi2 dan karekter- karakter di dalam al-Quran seperti Nabi Khidir, nabi Sulaiman, mahupun Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sendiri.

2. Idea dan obsesi umat Islam terhadap Imam Mahadi, karakter yang tidak digemari oleh Ibnu Khaldun tetapi disanggah oleh pakar hadis di zaman beliau. Obsesi terhadap karakter penyelamat ini kadang- kadang terlalu berlebihan seperti orang Kristian menunggu Messiah di hari kiamat.

3. kecurangan dan salah laku dalam aktiviti Tarekat dan Kesufian. Tarekat dan Kesufian yang ditambah- tambah dan melulu; yang kadang- kadang tidak bersandarkan kepada Hakikat. Walhal Tasawuf hanyalah satu rupa tambah kepada Ibadah, atau pelengkap kerohanian seperti keikhlasan dan Akhlak- bukan menambah- nambah perkara baru dan pelik2 ke dalam Ibadah, seperti yang tidak disenangi oleh Ibnu Taimiyah.

Ada penerangan yang disampaikan oleh ilmuwan seperti Imam Ghazali dalam hal- hal Kesufian itu yang popular itu kadang- kadang bersifat bayangan, imaginary, tidak dapat dicapai oleh manusia biasa yang tidak berpendidikan formal, "they will get the wrong idea about it" dan menginterpretasikannya secara salah.

4. Kekosongan jiwa umat terhadap bahan- bahan dan maklumat agama. Terlalu banyak pelepasan terhadap konsert- konsert muzik liar tetapi kawalan ketat terhadap aktiviti ceramah dan keilmuan atas kecenderungan politik dan fobia pemerintah. Ini memberi kekosongan dan kelompongan yang besar terhadap keperluan terhadap sumber dan pembimbing agama yang betul.

5. Ulama sendiri selalu dilihat tidak sependapat dalam bersuara dan kadang- kadang cenderung menegakkan pendapat masing- masing sehingga umat menjadi keliru dengan pandangan sebenar. Kekhilafan memang baik tetapi adalah lebih baik jika ditemui kata putus dalam satu- satu perbincangan ilmiah.

6. Berbual dengan kawan aku yang mendapat semangat dan banyak data baru- baru nie memberikan satu idea lagi- melayu sangat suka benda2 instant.. mcm skim cepat kaya..skim MLM.. jualan langsung blablabla.. cepat kuat macam Badang, cepat besar anu (Cth).. cepat itu.. cepat ini.. jadi, ajaran- ajaran sesat yang menawarkan perkara- perkara ini sudah tentu mendapat sambutan yangs angat hebat Itu adalah mindset dan kecenderungan melayu sendiri.. yang ebrhbung kait jugak dengan point terawal.. sukakan perkara2 superior..dan "segera".. sebab jenuh menunggu usaha mereka membuahkan hasil agak lama.

wallahu aklam.

2 comments:

azlishukri said...

makin ramai yang sesat la ni..

gayour said...

sesat mencari jalan ke rumah kawan lebih baik dari sesat AKIDAH!