Monday, April 14, 2008

Rumusan kecenderungan gerakan2 ajaran sesat:

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan, setelah dikaji- beberapa kecenderungan sesuatu kumpulan itu boleh dianggap sebagai satu kumpulan ajaran sesat itu ialah apabila

1. absurditi melampau:

kebanyakan pengamal mula menunjukkan reaksi merepek mereka apabila obses akan kehebatan mereka sehingga sanggup mengorbankan penikut2 untuk melakukan perkara2 absurd...

Perkara2 agama dicampur adukkan dengan perkara2 mengarut dan x masuk akal..

perkara2 ini juga disokong dengan emosi dan obsesi sendiri penggerak dan penganjur ajaran.. merasa superior dan fantasi sendiri

cth: ajaran Zamree Wahab mendakwa haji boleh dilakukan di Sungai COngkak sahaja

Ayah Pin mendakwa dia adalah nabi bagi penduduk Nusantara dan wakil kerajaan Langit bagi agama Kristian dan Hindu bagi kawasan sebelah sini.

nabi kahar pula mendakwa dia adalah nabi bagi umat Melayu dan yasin diwahyukan kepada beliau.

Azhar wahab menyuruh pengikut2 nya memakan ais sekilo bagi tujuan mendapat kekuatan dan sebagainya.

Juga mendakwa master alam2 ghaib.. dengan mewujudkan dirinya sebaris dengan profile2 agama dan nabi seperti nabi Sulaiman yang merajai alam jin, nabi Khidir kerana kelainannya dalam bertindak, dan kebijaksanaan beliau..


Ashaari muhammad membayangkan dirinya sebagai seorang yang sangat dekat dengan tanda2 kiamat

2. Obsesi dan Fanatik kepada Ketua Kumpulan
- Kita lihat bagaimana pengikut Al Arqam sanggup menyedekahkan isteri2 mereka untuk dinikahi dengan semul;a oleh pemimpin2 utama gerakan itu, mengambil isyarat konon2 Ansar dan Muhajirin di kalangan sahabat nabi ketika berhijrah ke madinah

- Al mansur mengangkat dirinya dengan gelaran2 tertentu

- pengikut Nabi kahar berusaha mempertahankan Nabi mereka ketika ditahan di Mahmakah

3. Sihir dan Penghinaan terhadap Al Quran dan Hadis secara Sedar atau tidak:
Ariffin ismail atau Ayah PIn ketika tahun2 terakhir 90-an.. (ketika kewarasan amsih dilihat pada wajah beliau dan masih tidak etrlalu uzur ketika muncul semula pada tahun 2005) mendakwa umat Melayu boleh mula membaca BACAAN yang beliau cadangkan bagi ganti Quran..

Ketika Ayah Pin menjadi paparan media 2005, mahligai besarnya dikatakan dibina di atas tapak atau ayat2 suci Al Quran, belum lagi dikira lambang2 dan objek yang dibina sekitarnya dan didapati rupa2nya kumpulan itu sebenarnya adalah kumpulan Hindu Melayu

Ashaari Muhammad menggunakan beberapa Hadis nabi dan Quran untuk kehendak politik dan sokongan terhadap cita2 beliau yang mula obses memerintah malaysia menjelang pra- pengharaman

4. Ajaran yang menyimpang dari segi sosial dan Akhlak

Bertukar2 pasangan dan seksual

Bezikir dan bermesyuarah sehingga lewat malam dan menimbulkan kecurigaan

5. Ajaran2 yang menyusahkan pengikut

kegiatan Arqam menggunakan rumah2 orang besar2 dan kenamaan yang juga ahli Al Arqam atau rumah yang besar untuk mereka melakukan aktiviti2 mereka secara suka hati dan wenangan.. ini diakui oleh Sasterawan negara Shanon Ahmad di dalam MASTIKA di mana beliau mengatakan kumpulan ini langsung tidak merujuk kepada beliau untuk menggunakan rumahnya untuk dijadikan markas

-Ajaran karut marut oleh hampir semua gerakan

No comments: