Monday, April 14, 2008

Kenapa kesesatan?

kenapa masih sesat?

Nota: Artikel ini telah diubah suai semula dengan sedikit penambahan ayat blogger tanpa mengubah maksud asal pengarang dan artikel asalnya. Ini bermakna tiada perubahan besar dilakukan.

risalah kecil JAKIM, 1976, 2001 (cetakan kedua)

Oleh Abdul Hamid Ahmad

Di dalam Islam- masalah dasar disebut nyata dalam Quran- tidak diterima sebarang bentuk penyembahan selain Allah s.wt.selain menerima dan mengaku kebesaran dan keagonganNya.

Allah memerintahkan makhluk menyembah dan mematuhinya seperti yang terakam banyak dalam quranic verses...

(Surah Al bayyinah ayat 5)

Sabda Nabi

"Iman itu adalah mempercayai Allah, Malaikatnya Kitab2nya..rasulnya dan percaya dengan hari kebangkitan, perhitungan dan pertimbangan amalan, syurga neraka takdir baik atau buruk, manis atau pahitnya."- Riwayat muslim.

Penekanan dalam soal akidah dan keimanan adalah untuk memelihara kesucian Islam dan menjaga umat islam daripada terpengaruh dengan amalan dan rekaan manusia yang disadurkan dengan pelbagai kemanusiaan asing yang langsung tidak secocok dengan kemurnian islam.

Adat dan kepercayaan warisan Hindu.

Paganisme Hindu yang berakar umbi di Asia dan kepulauan Nusantara pada kurun ke- 14 itu bersaing hebat dengan kedatangan islam yang menawarkan satu kepercayaan spiritual yang lebih tinggi(Ayat aku) Walaupun begitu di Malaysia amalan annemisme masih menebal dan diamalkan secara meluas secara sosialisasi sehingga dengan halus ia menyusup ke dalam kehidpuan Melayu (kalaupun tidak berasal dari melayu,) tetapi menjadi amalan lazim dan bersebati dalam kehiudpan mereka..dengan demikian lahir pelbagai bentuk amalan berunsurkan pengaruh Hinduism dan Anemisma, antaranya:

1. adat memuja pantai

2. kepercayaan kepada penunggu (hantu) dan memohon perlindungan tertentu untuk tempoh tertentu

3. memuja kubur2 yang dianggap keramat untuk memohon sesuatu atau membayar nazar

4. beberapa acara dalam adat perkahwinan

5. mempercayai beberapa bintang tertentu yang dianggap membawa sial

6. mengubati pesakit2 dengan memanggil syaitan. menyeru jin2

7. mempercayai adat tolak bala dengan menyediakan nasi kunyit yang dikatakan membawa berkat

8. mempercayai hari2 tertentu membawa sial


9. memuja roh atau semangat

10. adat2 tertentu dilakukan ke atas seorang ibu hamil dan semasa melahirkan anak

Ilmu atau ajaran baru muncul
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia hari ini, khususnya ilmu2 yg tidajk berasaskan, bernaskan kepada ajaran al_Quran dan al hadith telah mulai menular dan meresap ke dalam masyarakat Islam di negara ini. Ilmu2 seumpama ini telah memeperalatkan ayat suci al_quran serta berselindung di sebalik tabir Islam dengan motif licin - seterusnya mengancam perpaduan umat Islam serta memesongkan akidah umat Islam daripada pegangan serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah

Situasi ini melahirkan kumpulan- kumpulan seperti

1.Ajaran Syed Mohamad al-Masyhur
2.Ajaran Taslim
3.Ajaran Qadhiani
4.Ajaran Bahai
5.Tarikat Mufarridah

Ilmu Batin dan kekebalan, superior

1.ilmu pelindung diri
2.ilmu batin
3.ilmu budi suci
4.Ilmu Wali suci
Ilmu mempertahankan diri

pada lazimnya perkara- perkara yang biasa menjadi isu dalam mana- mana ajaran sesat adalah

- dakwaan menjadi Nabi Isa, nabi Khidir, Imam mahadi dan sebagainya

- dakwaan menadapat kasyaf daripada Allah

- dakwaan menjadi wali atau keramat

- dakwaan memperolehi Ma'unah (pertolongan) dari Allah melalui kaedah + zikir tertentu

- dakwaan memperolehi kuasa batin luar biasa dengan menggunakan ayat suci al- Quran

Punca lahirnya ajaran sesat

- Faktor dalaman
- Faktor luarana


Faktor dalaman

pada kebiasaannya ajaran sebegini bertapak dan berjalan secara sulit di daerah- daerah pedalaman di negara ini. Golongan mempeloporinya biasanya tokoh2 tempatan (kampung) yang berpengaruh dan sangat disegani masyarakat luar.

Golongan ini mempunyai kebolehan, keistimewaan tertentu yang didakwa sakti kemudian menjadi tarikan utama utk mempengaruhi masyarakat. Orang- orang biasa tiak dpt mengetahui secara mendalam kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia.

setiap pengikut ilmu2 ini dikehendaki menjalani persetiaan dengan guru-guru dengan pernyataan dilmu ini tidak boleh diberitahu kpd orang lain. jika dibertiahu ilmu tidak mjarab, atau tidak mnejadi lagi. Setiap persetiaan diiringi dengan mengangkat sumpah dengan menyebut nama Allah, dan menjunjung Quran sebagai saksinya.

Di samping ayat- ayat suci al- Quran, ada bacaan tertentu sebagai kunci kemujaraban ilmu tertentu dan dibaca untuk menambah keyakinan terhadap ilmu tersebut.walaubagamainapun, kadang= kadang ia tetap dirahsiakan drpd umum...

manakala pengamal ilmu batin telah mebawa satu kefahaman kepada masyarakat, mendakwa bahawa ayat- ayat Quran boleh dipergunakan utk mendapat kekuatan batin, kebal dan sebagainya.

kadang- kadang (bacaan dan amalan) dikatakan ada kaitan dengan Zikrullah- penekanan terhadap penyerahan diri secara total kepada Allah untuk perlindunagn

Faktor luar

Masyakarat islam aalah masyarakat yang terbuka dengan banyak pengaruh dn anasir luar, deangan itu pengaruh luar senang sekali menyusup ke dalam ke
kelompok melayu.

Guru- guru yang menganjurkan ilmu amalan biasanya datang dari luar (seolah2 ada "kegahan' atau kehebatan di situ.. ayat aku)mereka mendakwa diri mereka sebagai tokh2 agama, dengan ciri- ciri personaliti agak berbeza daripada org awam, segi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkh laku

bagi penganjur ilmu kebatinan/ seni mempertahankan diri pula mengambil kesempatan melantik seseorang dijadikan Mahaguru atau Khalifah. Dengan ini manifesto ilmu dapat dikembangkan dengan kehendak dan kesesuaian masa dalam negara.

dengan cara ini penganjur- penganjur seolah- olah mendapat tauliah drpd pemerintah dan perkembangannya direstui oleh pemimpin negara. Khalifah, Mahaguru atau Maulana ini biasanya mengaku sangat beriman bertaqwa kepada Allah sedangkan pada hakikatnya mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan Islam secara luas dan mendalam. bagaimanapaun PR mereka sangat terpuji (ayat aku)..

pada umumnya mereka juga mempunyai, panduan kitab- kitab tertentu- biasanya mengandungi zikir- zikir saduran dr ayat Quran atau kononnnya dikaitkan dengan Quran.Ayat- ayat ini dieksploitasi bg menunjukkan penjelmaan kuasa luar biasa itu datangnya dr Allah

kebanyakan merka yang terlibat dalam dua konteks ajaran sesat dan ilmu kebatinan ini tidak mempunyai asas yang kuat dalam aspek akidah Islam, di samping sama sekali tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam megenai ajaran islam yg sebenarnya.

Bahkan perkarta ini menarik golongan belia yang kekosongan jiwa (ayat gwe)- jadi mereka tertarik dengan ilmu2 batin berkaitan seni mempertahankan diri.

Demonstrasi- demonstrasi berkaitan ujian kekebalan kesan amalan tertentu sudah tentu menjadi minat mereka untuk memeriahkan dan mencuba aktiviti dan kegiatan ini.Mereka juga sanggup mematuhi apa saja pantang larang dan syarat-syarat yang dikenakan asalkan ilmu itu dikatakan memberi manfaat kepada mereka. Merkea juga sanggup ebrsumpah dgn nama Allah tanpa memikikan implikasi di sebaliknya

Belia- belia ini beranggapan dengan mempelajari ilmu berunsur ketahanan diri ini akan dipergunakan pd saat- saat genting

Pihak-pihak penganjur kegiatan ini biasanya mempunyai alasan ilmu yg dikembangkan sama sekali tidak bertentangan dengan ajaan Islam. oleh kerana itu golongan ini sedaya upaya mempertahankan kelebihan dan kebaikan yg terdapat di dalam amalan tersebut dari segi ajaran Islam.

No comments: