Monday, April 14, 2008

Ajaran Azhar bin Wahab

ajaran azhar wahab
- PENGASAS AL MANSUR HOLDINGS SDN BHD.

Azhar bin wahab bersekolah di sek men kebangsaan- tidak mendapat pendidikan agama secara formal.

Pendidikan awal sekolah kebangssan Kuala Sidim, kulim, kedah. menyambung pelajaran sehingga tingkatan 3 di Sek Men. Padang Serai, Kulim, kedah. Selepas memperolehi SRP, Azhar bin Wahab berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Ladang kelapa Sawit padang Buloh, Kuala Sidim.

Berhijrah ke Kl dan berkeja sebagai pemandu kepada Pegawai eksekutif di ibu pejabat Bank Simpnanan nasional Jalan Ampang, Kl. Kemudian menjawat penjual kereta terpakai. ketika itu sudah berkenalan dengan Ustaz Hanapi, bekas orang kuat al- Arqam. Mendakwa memimiliki keupayaan mengubat dan mengurut mengikut amalan tradisional, secara bersendirian dan juga berkhidmat untuk bekas ahli al-Arqam. dari situ bermula usaha mempengaruhi bekas pengikut al- Arqam dan menubuhkan syarikatnya sendiri sehingga kini.

Dipanggil 'Ayah' oleh pengikut, staff dan kakitangan dan 'Tok Wan' oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian 'Tuan', 'yang Amat Mulia', 'yang berhormat Mulia' dan terakhir sekali 'Yang teramat Mulia Ayahanda raja'.

Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikut- pengikutnya dgn dibantu pengikut- pengikut utama seperti Ahmad bin Meh dan Hj Ilias Yusuf. Mereka adalah perancang utama dulu, meneruskan usaha dan cita2 Azhar melalui pelbagai dakwaaan dan mencetuskan segala ketaksuban kepada karakter dan profile pilihan ini.(start dr mencetuskan tue ayat gwe)


KUMPULAN AL MANSUR HOLDINGS
Muncul selepas al- Arqam dibubarkan (disbanded). kebanyakan ahli2 pun dr budak2 al- Arqam

perkataan Al Mansur bermaksud pembantu dan penolong. bersesuaian dengan konsep penubuhannya - menjadi pemangkin melahirkan bangsa Melayu peneraju ekonomi dunia dengan berpegang kepada prinsip 'Bersatu maju bersama'.

Kumpulan yang diasaskan oleh Azhar bin Wahab pada tahun 1988 ini menjalankan aktiviti perniagaan yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat iaitu al- mansur Holdings Sdn bHd nombor pendaftaran (Co. 523446-U) beralamat di No.19, Jalan Cempaka1/1, Bandar Aman jaya, 08000 Sungai Petani, kedah Darul Aman.

Al-Mansur Holdings mempunyai 30 buah kumpulan anak syarikat di selurh negara. Hanya beberapa rangkaian sahaja masih aktif manakala bakinya atas nama sahaja utk mengaburi pandangan masyarakat sebagai pelindung kepada aktvt2 utama yg boleh mengumpul dana yg banyak. Antara aktivti perniagaan yg aktif ialah urutan refleksi dan ubat-ubatan herba tradisional. Di samping itu ia menggunakan pelajar2 sekolah Tahfiz al- mansur yg masih di bwh umur (underaged) utk menjual kalendar, cenderamata dan seumpamanya serta memungut derma anak yatim.

ISu
Isu ajaran Azhar bin Wahab timbul dlm masyarakat apabia kumpulan al-Mansur melaksanakan aktivti yg didapati bercanggah dengan Islam dan sebagai pengganti kepada gerakan kump al- Arqam yg telah diharamkan.

Dalam pd itu hasil kajian yg dibuat oleh JAKIM mendapati ada tanda2 kumpulan ini mengamalkan ajaran 'Aurad Muhammadiah' pegangan al-Arqam satu ketika dahulu di samping beberapa penambahan lain yg boleh membawa kepada kerosakan akidah.

JAKIM telah mengadakan pertemuan khas dengan pihak pengurusan al- mansur pd 15 November 2002 di putrajaya. Selain berbapa siri perbncangan dan pertemuan dn bekas2 ahli al- Mansur di Putrajaya, selamngor dan kedah.

CIRI CIRI AJARAN AZHAR BIN WAHAB
akidahnya:
-mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiyah(pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002)

-mengaku menggunakan Tawassul iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata, "Ya Allah dengan berkat dan keramat Guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit si polan.."(sama mcm Ashaari jugak kecenderungan beliau nie..)

-mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh pak Syeikh atau Wali Allah. Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai (huihh beshnyaa...) bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.

-berbai'ah akan mengikut segala artahan gutu dan merahsiakannya dari org ramai, sesiapa yg belot atau keluar hidupnya tidak akan selamat.

-memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah guru sebagai simbolik kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan

-mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib.. (gilak ahhh. ajak aa aku sama seflight dua ehehe..)

-mendakwa mempunyai masjid Jin (pulak dahh..) di smaping mengaku selalu bermesyuaratd engan golongan jin di gunung2 tertentu sprti Gunung Santubong di Sarawak.

-mendakwa mengetahui pergerakan org yg mengintip aktvitinya

-mendakwa mempunyai pengawal dr golongan jin

-menangis di hdpn pengikutnya kerana mendakwa pernah nampak dan tahu kesalahan agama yg dibuat oleh pengikutnya

- percayakan khurafat seperti:

Semasa perakan untuk melantik beliau sebagai Naib Khalifah Seni Silat mempertahankan diri al- mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. beliayu amat percaya dengan telahan dan (ketaksuban yg dicipta oleh pengikutnya) dan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta bliau menaiki belakangnya ekrana 'beliau berketurunan raja.'

Tabib dan tabibah (perempuan utk tabib) diarah untuk menggunakan keris utk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.

menggunakan setanggi yntuk diperasapkan di setiap pusat rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi du samping memberi salam kpd rasulullah saw. abi khidir dan Azhar sendiri. Ritual ini dilakukan setiap hari sbl memulakan perniagaan atau membuka kedai

segi syariat:

Mana2 ahli yang didapati bersalah dan jika dpt dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan dam (denda) sama ada dlm bentuk wang atau harta benda;

Solat waktu sentiasa dijamakkan walaupun bkn dlm musafir

Apa sahaja yg dibw oleh Azhar bin wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keuputusan dan arahannya.

Dari segai akhlak:

Memulakan ucapan dengan bersumpah memegang al-Quran.Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj Ilias bin Hj Yusuf di majlis pertemuan dengan pengarah JAKIM pd 15 November 2002 lalu.

Mendakwa boleh memberi barakah dan syafa'ah kpead anak muridnya.

Mendakwa ada keberkatan kerana boleh menarik duit pelanggan dan mereka akan mengeluarkan wang sebyk mana yg mereka ada.

Memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti Wali Allah.

Mendakwa boleh ke mana2 denegan serta merta termasuk ke CHina dan mekah.(mcm david Copperfield atau Jumper..wahahah)

Mengugut ahli agar jangan derhaka kepada beliau kerana nanti tidak mendapat karamah
.. bukan CIkgu Karimah awek aku obses dulu2..

Mewajibkan ahli agar tidak bersosial dengan masyarakat biasa

KEPUTUSAN FATWA
meysuarat jwtnkuasa Perunding hukum Syarak FaTWA Negeri selangor telah membuat keputusan bwh ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas al-Mansur Holdings Sdn Bhd.) adalah haram, kerana didapati ada percanggahan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.

No comments: