Monday, April 14, 2008

Ajaran Hasan bin Jonit

Hasan bin Jonit berasal dr Melaka. Pusat utama kumpulan ini ialah rumah murid kanan beliau di No.20, Batu 450, Kg. Melayu Jalan Kilang Papan, Batu Arang, Rawang, Selangor

CIRI CIRI KESALAHAN

Mendakwa bertemu Allah

Hasan Jonit mendakwa bertemu Allah melalui ilmu hakikat. Namun beliau tidak menulis hasil peremuan beliau dengan Allah s.wt berbanding dengan dakwaan pertemuan beliau dengan Rasulullah saw melalui Ilmu hakikat Roh

Mendakwa bertemu Nabi Muhammad Saw

mengakui bertemu dgn roh Nabi Muhammad melalui Ilmu hakikat Roh ketika mengangkat nafas (tanaffus). Beliau mencatitkan tarikh pertemuan serta menghasilkan buku sebyk 24 bab. Beliau mendakwa hasil pertemuan itu adalah Hadis Kudsi.

Mendakwa boleh mentadbir mimpi

Hasan menyatakan keupayaannya mentabir mimpi. Segala takbir mimpi tersebut dijadikan panduan dan sampai satu epringkat dijadikan sumber hukum.

Solat pejam mata

Mengikut penjelasan Hasan bin Jonit kpd pengikutnya bhw org yg mengerjakan solat hendaklah memejamkan mata. beliau menyatakan org yg solat dgn mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.

Mendakwa org yg berdahi hitam tanda memelihara jin

seseorang yg rajin sembahyang biasanya dpt dilihat jelas dahinya menjadi hitam. hasan bin Jonit mendakwa org yg mempunyai kesan sujud adalah mrk yg memelihara jin.

Menolak adanya hari Akhirat

Semasa menyampaikan ajaran kepada pengikutnya, hasan bin Jonit menyatakan bhw hari akhirat tidak wujud.

Wakil guru seluruh dunia

Hasan bin Jonit mendakwa beliau adalah wakil guru dr Luh Mahfuz g dilantik khas ke Bumi (Baladul Amin). Beliau mendakwa bhw Nabi Muhammad saw telah memberikan dan mengijazahkan segala ilmunya kpd beliau

Tafsiran salah terhdp ayat al-Quran

memberikan makna tertentu kepada ayat al- Quran sebagaimana terdpt dlm kitabnya Amalan Tauhid

Mencabar pihak berkuasa agama

Hasan bin Jonit mendakwa beliau akan menurunkan malaikat untuk menghancurkan mana-mana pegawai agama yg mengambil tindakan terhadapnya.

Mengarang buku yg bertentangan dengan hukum Syarak

Ia mengandungi 19 bab yg berikut:

1.bab hakikat
2.bab Fatehah
3.bab Alhamdu
4.Bab Bismillah
5.Bab Al-Quran dan Kitab
6.Bab takbiratul ehram
7.Bab sembahyang
8.Bab kaum ibu
9.bab Roh/nyawa
10.Bab Maa'ni
11.bab nabi 1
12.Bab nabi 2
13.bab Tauhiduzzat 1
14 Bab Tauhiduzzat 2
15.bab Guru
16.Bab Sifat
17.bab ma'rifat
18.bab hati
19.Mukaddimah Bagi orang Baru

No comments: