Saturday, February 13, 2010

Perkembangan terkini ajaran bengong untuk 2010



Alamak da lama sangat x update... adala nak dekat setahun lebih..Ayah Pin pun dah mengaku ajaran dia salah.. September lepas dekat2 nak raya.. betul tak?? Kosmo cargas betul melaporkan..semoga ada reward pahala untuk depa kat situ..

Untuk yang terbaru nie.. dalam dua tiga hari..tak sangka di tengah2 metro Putrjaya pun ada kegiatan nie..kosong betul jiwa depa nie..kalau tak terpesona dengan kehenseman atau manis mulut karakter ketua dia..sure diorang x terperangkap...makcik2 pun ada tue..semua dressing pun baik2.. bertudung..sedih2..kalau seksi terbokak terdedah tue tentu lagi gempak ehehehe.. kita pastekan sebahagian laporan akhbar tue.. woww depa siap pau pengikut sekian RM untuk menganggotai..

esoknya pula..atau make it a day or two days lepas tue..Kosmo laporkan yang pusat urut pun ada kegiatan bengong nie..hmmmm..

Jangan lupa grab MILENIA MUSLIM keluaran Februari 2010 terbitan Yadim.. untuk coverage permasalahan nie..oraittt..

Wednesday, November 19, 2008

Ajaran MLM' ganti solat.. Reward ganjaran terbaru yang kool



Aku dan seorang kawan baru je aritue memikirkan cemana Melayu nie desperate cari duit segera (sama la aku pun).. semua bende nak express.. express cash.. skim piramid.. skim Pak Man Telo.. skim labu.. skim itu hini.. dan terbaru MLM segala.. dan tak heran laa kalau ada banyak ajaran sesat menawarkan apa yangs angat diinginkan Melayu.

Alih2 betul2 baru beberapa hari lepas ada ajaran sesat dengan pakej MLM.. kita ikuti laporan dari Kosmo yang aku copy paste bulat2 di bawah nie..


KUALA LUMPUR - 'Institusi' ajaran sesat kini nampaknya bukan sekadar dijadikan 'alat' untuk menyelewengkan agama, malah turut dijadikan tempat untuk mengaut keuntungan mudah demi kepentingan peribadi.

Terbaru, Kosmo! Ahad difahamkan sebuah kumpulan ajaran sesat di sini dikatakan turut memanipulasi gerakan itu dengan menarik ahlinya menjalankan perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Konsep ajaran sesat kumpulan itu unik kerana ketua mereka yang dikenali sebagai 'Guru MLM' memperdayakan pengikut-pengikutnya dengan menyatakan perniagaan yang dijalankan mereka mampu menggantikan solat lima waktu.

Perkara itu didedahkan seorang pengikut kumpulan 'Ajaran MLM' itu yang hanya mahu dikenali sebagai Norah dengan menyatakan pengikutnya yang berjaya mencari lebih ramai ahli boleh menggantikan bilangan solat yang dilakukan.

"Ini bermaksud, jika kita dapat cari lebih ramai ahli di bawah kita, ia dapat menggantikan bilangan solat yang perlu dibuat.

"Itu sebab ramai pengikut digalakkan cari ahli sebanyak mungkin dan setiap ahli perlu membayar RM2,000 kepada 'pentilawah' (ketua pengajar) dalam kelas untuk langsaikan solat mereka," dedah Norah sambil memberitahu solat yang tulen hanya diisytiharkan di 'negara jelmaan' mereka di Maahad al-Zaiton di Indonesia.

NORAH menunjukkan nota 'Ajaran MLM' dalam satu pertemuan dengan Kosmo! Ahad di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Norah, jika ahli tidak mencari ahli baru untuk memantapkan rangkaian, dia dikategorikan sebagai golongan yang berdosa besar dan mendapat bala.

Dakwanya, 'Ajaran MLM' itu yang diikuti sejak beberapa tahun lalu itu saling tidak tumpah dengan Ajaran Pemuda Al-Khafi yang telah difatwakan haram oleh kerajaan.

Norah yang terjerumus ke kancah ajaran sesat itu disebabkan pujuk rayu rakan baiknya menyatakan, ajaran itu sangat taksub dengan wang kerana setiap kelas agama dan apa jua aktiviti yang dianjurkan yang diikuti perlu dibayar sejumlah wang.

"'Pentilawah' tanya saya berapa banyak dosa saya, saya jawab, banyaklah dan setelah dihitung, jumlah wang yang perlu dibayar adalah RM28,800 tapi saya diberi diskaun sehingga RM2,000 saja," ceritanya.

Norah berkata, prinsip yang diamalkan oleh ajaran ini kononnya didorong dengan amalan Nabi yang didakwa memulakan sebarang bicara atau ceramah dengan membayar 'infak' (bayaran pendahuluan) terlebih dulu.

Bayaran sebanyak RM2,000 juga perlu dibuat oleh setiap ahli sekiranya 'pentilawah' meminta mereka memulakan bacaan surah al-Fatihah sebagai pembuka kelas usrah.

"Banyak lagilah sebenarnya... kelas Irsyad, kelas Aqabah semuanya kena bayar, nak pergi tunaikan solat tulen di Maahad Al-Zaiton yang entah bila itu pun perlu bayar RM3,600.

"Bayangkan penganut hampir puluhan ribu orang di seluruh negara, 'Guru MLM' boleh kaut keuntungan atas angin daripada ahli setiap kali
perjumpaan," ujar Norah.

Sunday, November 9, 2008

Guru Yahu! (Kosmo Sept 2008)


KOSMO! - KUALA LUMPUR – “Yahu Yatuhanku, Kabulkan Huallah itu diriguru, nafas itu diriguru.”

Begitulah antara zikir syirik ajaran Abu Darsan, sebuah daripada 14 ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Zikir itu menjadi amalan wajib kepada lebih 2,000 pengikut ajaran itu sebagai tanda memuja guru mereka, ‘Bang Chik’, 60-an atau juga Guru Yahu yang kononnya dianggap suci dan mampu memberi jaminan syurga.

Rata-rata pengikut begitu taksub dengan guru mereka sehingga beranggapan ulamak lain palsu.

Mereka juga tidak wajib sembahyang dan puasa serta membaca Al-Quran tanpa perlu faham maksudnya.

Para pengikutnya ramai golongan profesional, lepasan universiti serta anggota pasukan beruniform.

Mereka juga tidak keberatan untuk bercerai andai isteri mereka enggan menjadi ahli.

Ini dialami sendiri seorang wanita yang disebabkan mempertahankan akidah diri dan anak-anak, dia terpaksa menjanda.

Bekas suaminya itu seorang usahawan dan pernah bertugas sebagai Inspektor polis.

Namun, ketaksuban terhadap ‘Bang Chik’ menyebabkan Firdaus, 40, (bukan nama sebenar) menceraikan isterinya itu, Faridah, 39, (bukan nama sebenar) dan mengabaikan empat anak mereka termasuk yang bongsu berusia 11 bulan.

Faridah ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di sini berkata, dia telah berusaha sedaya-upaya menyelamatkan akidah suami dan pada masa yang sama ingin mempertahankan mahligai perkahwinan mereka yang dibina sejak 16 tahun lalu.

“Tapi 11 Jun lalu semuanya terlerai apabila dia melafazkan cerai dengan alasan saya isteri nusyuz (derhaka) kerana enggan mengikut jejak langkahnya sebagai pengikut ajaran itu,’’ katanya.

Tunggu Nabi- meratap di Kerusi Kosong (disesuaikan dari laporan HARIAN METRO 22/10)

Di Petaling Jaya.. sebuah kumpulan pengamal perubatan tradisional dengan kepelikan yang lagi gila. Seorang dari 30 pengikut pengamal perubatan tue called their buddies berkumpul kat satu taman permainan. Claimed yang Nabi akan turun seeing depa kat situ.. siap letak kerusi kosong besi kat tengah2 padang tue dan meraung menangis claiming.. Nabi has come..

Sunday, April 27, 2008

Kenapa kesesatan? (Bahagian 2)




Beberapa faktor dan punca lain boleh dikenal pasti kepada berkembangnya pengaruh dan aktiviti ajaran sesat ini ialah:

1. Obsessi manusia terhadap data- data dan maklumat superior dan mukjizat, yang melingkungi diri nabi2 dan karekter- karakter di dalam al-Quran seperti Nabi Khidir, nabi Sulaiman, mahupun Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sendiri.

2. Idea dan obsesi umat Islam terhadap Imam Mahadi, karakter yang tidak digemari oleh Ibnu Khaldun tetapi disanggah oleh pakar hadis di zaman beliau. Obsesi terhadap karakter penyelamat ini kadang- kadang terlalu berlebihan seperti orang Kristian menunggu Messiah di hari kiamat.

3. kecurangan dan salah laku dalam aktiviti Tarekat dan Kesufian. Tarekat dan Kesufian yang ditambah- tambah dan melulu; yang kadang- kadang tidak bersandarkan kepada Hakikat. Walhal Tasawuf hanyalah satu rupa tambah kepada Ibadah, atau pelengkap kerohanian seperti keikhlasan dan Akhlak- bukan menambah- nambah perkara baru dan pelik2 ke dalam Ibadah, seperti yang tidak disenangi oleh Ibnu Taimiyah.

Ada penerangan yang disampaikan oleh ilmuwan seperti Imam Ghazali dalam hal- hal Kesufian itu yang popular itu kadang- kadang bersifat bayangan, imaginary, tidak dapat dicapai oleh manusia biasa yang tidak berpendidikan formal, "they will get the wrong idea about it" dan menginterpretasikannya secara salah.

4. Kekosongan jiwa umat terhadap bahan- bahan dan maklumat agama. Terlalu banyak pelepasan terhadap konsert- konsert muzik liar tetapi kawalan ketat terhadap aktiviti ceramah dan keilmuan atas kecenderungan politik dan fobia pemerintah. Ini memberi kekosongan dan kelompongan yang besar terhadap keperluan terhadap sumber dan pembimbing agama yang betul.

5. Ulama sendiri selalu dilihat tidak sependapat dalam bersuara dan kadang- kadang cenderung menegakkan pendapat masing- masing sehingga umat menjadi keliru dengan pandangan sebenar. Kekhilafan memang baik tetapi adalah lebih baik jika ditemui kata putus dalam satu- satu perbincangan ilmiah.

6. Berbual dengan kawan aku yang mendapat semangat dan banyak data baru- baru nie memberikan satu idea lagi- melayu sangat suka benda2 instant.. mcm skim cepat kaya..skim MLM.. jualan langsung blablabla.. cepat kuat macam Badang, cepat besar anu (Cth).. cepat itu.. cepat ini.. jadi, ajaran- ajaran sesat yang menawarkan perkara- perkara ini sudah tentu mendapat sambutan yangs angat hebat Itu adalah mindset dan kecenderungan melayu sendiri.. yang ebrhbung kait jugak dengan point terawal.. sukakan perkara2 superior..dan "segera".. sebab jenuh menunggu usaha mereka membuahkan hasil agak lama.

wallahu aklam.

Monday, April 14, 2008

Rumusan kecenderungan gerakan2 ajaran sesat:

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan, setelah dikaji- beberapa kecenderungan sesuatu kumpulan itu boleh dianggap sebagai satu kumpulan ajaran sesat itu ialah apabila

1. absurditi melampau:

kebanyakan pengamal mula menunjukkan reaksi merepek mereka apabila obses akan kehebatan mereka sehingga sanggup mengorbankan penikut2 untuk melakukan perkara2 absurd...

Perkara2 agama dicampur adukkan dengan perkara2 mengarut dan x masuk akal..

perkara2 ini juga disokong dengan emosi dan obsesi sendiri penggerak dan penganjur ajaran.. merasa superior dan fantasi sendiri

cth: ajaran Zamree Wahab mendakwa haji boleh dilakukan di Sungai COngkak sahaja

Ayah Pin mendakwa dia adalah nabi bagi penduduk Nusantara dan wakil kerajaan Langit bagi agama Kristian dan Hindu bagi kawasan sebelah sini.

nabi kahar pula mendakwa dia adalah nabi bagi umat Melayu dan yasin diwahyukan kepada beliau.

Azhar wahab menyuruh pengikut2 nya memakan ais sekilo bagi tujuan mendapat kekuatan dan sebagainya.

Juga mendakwa master alam2 ghaib.. dengan mewujudkan dirinya sebaris dengan profile2 agama dan nabi seperti nabi Sulaiman yang merajai alam jin, nabi Khidir kerana kelainannya dalam bertindak, dan kebijaksanaan beliau..


Ashaari muhammad membayangkan dirinya sebagai seorang yang sangat dekat dengan tanda2 kiamat

2. Obsesi dan Fanatik kepada Ketua Kumpulan
- Kita lihat bagaimana pengikut Al Arqam sanggup menyedekahkan isteri2 mereka untuk dinikahi dengan semul;a oleh pemimpin2 utama gerakan itu, mengambil isyarat konon2 Ansar dan Muhajirin di kalangan sahabat nabi ketika berhijrah ke madinah

- Al mansur mengangkat dirinya dengan gelaran2 tertentu

- pengikut Nabi kahar berusaha mempertahankan Nabi mereka ketika ditahan di Mahmakah

3. Sihir dan Penghinaan terhadap Al Quran dan Hadis secara Sedar atau tidak:
Ariffin ismail atau Ayah PIn ketika tahun2 terakhir 90-an.. (ketika kewarasan amsih dilihat pada wajah beliau dan masih tidak etrlalu uzur ketika muncul semula pada tahun 2005) mendakwa umat Melayu boleh mula membaca BACAAN yang beliau cadangkan bagi ganti Quran..

Ketika Ayah Pin menjadi paparan media 2005, mahligai besarnya dikatakan dibina di atas tapak atau ayat2 suci Al Quran, belum lagi dikira lambang2 dan objek yang dibina sekitarnya dan didapati rupa2nya kumpulan itu sebenarnya adalah kumpulan Hindu Melayu

Ashaari Muhammad menggunakan beberapa Hadis nabi dan Quran untuk kehendak politik dan sokongan terhadap cita2 beliau yang mula obses memerintah malaysia menjelang pra- pengharaman

4. Ajaran yang menyimpang dari segi sosial dan Akhlak

Bertukar2 pasangan dan seksual

Bezikir dan bermesyuarah sehingga lewat malam dan menimbulkan kecurigaan

5. Ajaran2 yang menyusahkan pengikut

kegiatan Arqam menggunakan rumah2 orang besar2 dan kenamaan yang juga ahli Al Arqam atau rumah yang besar untuk mereka melakukan aktiviti2 mereka secara suka hati dan wenangan.. ini diakui oleh Sasterawan negara Shanon Ahmad di dalam MASTIKA di mana beliau mengatakan kumpulan ini langsung tidak merujuk kepada beliau untuk menggunakan rumahnya untuk dijadikan markas

-Ajaran karut marut oleh hampir semua gerakan

Ajaran Azhar bin Wahab

ajaran azhar wahab
- PENGASAS AL MANSUR HOLDINGS SDN BHD.

Azhar bin wahab bersekolah di sek men kebangsaan- tidak mendapat pendidikan agama secara formal.

Pendidikan awal sekolah kebangssan Kuala Sidim, kulim, kedah. menyambung pelajaran sehingga tingkatan 3 di Sek Men. Padang Serai, Kulim, kedah. Selepas memperolehi SRP, Azhar bin Wahab berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Ladang kelapa Sawit padang Buloh, Kuala Sidim.

Berhijrah ke Kl dan berkeja sebagai pemandu kepada Pegawai eksekutif di ibu pejabat Bank Simpnanan nasional Jalan Ampang, Kl. Kemudian menjawat penjual kereta terpakai. ketika itu sudah berkenalan dengan Ustaz Hanapi, bekas orang kuat al- Arqam. Mendakwa memimiliki keupayaan mengubat dan mengurut mengikut amalan tradisional, secara bersendirian dan juga berkhidmat untuk bekas ahli al-Arqam. dari situ bermula usaha mempengaruhi bekas pengikut al- Arqam dan menubuhkan syarikatnya sendiri sehingga kini.

Dipanggil 'Ayah' oleh pengikut, staff dan kakitangan dan 'Tok Wan' oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian 'Tuan', 'yang Amat Mulia', 'yang berhormat Mulia' dan terakhir sekali 'Yang teramat Mulia Ayahanda raja'.

Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikut- pengikutnya dgn dibantu pengikut- pengikut utama seperti Ahmad bin Meh dan Hj Ilias Yusuf. Mereka adalah perancang utama dulu, meneruskan usaha dan cita2 Azhar melalui pelbagai dakwaaan dan mencetuskan segala ketaksuban kepada karakter dan profile pilihan ini.(start dr mencetuskan tue ayat gwe)


KUMPULAN AL MANSUR HOLDINGS
Muncul selepas al- Arqam dibubarkan (disbanded). kebanyakan ahli2 pun dr budak2 al- Arqam

perkataan Al Mansur bermaksud pembantu dan penolong. bersesuaian dengan konsep penubuhannya - menjadi pemangkin melahirkan bangsa Melayu peneraju ekonomi dunia dengan berpegang kepada prinsip 'Bersatu maju bersama'.

Kumpulan yang diasaskan oleh Azhar bin Wahab pada tahun 1988 ini menjalankan aktiviti perniagaan yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat iaitu al- mansur Holdings Sdn bHd nombor pendaftaran (Co. 523446-U) beralamat di No.19, Jalan Cempaka1/1, Bandar Aman jaya, 08000 Sungai Petani, kedah Darul Aman.

Al-Mansur Holdings mempunyai 30 buah kumpulan anak syarikat di selurh negara. Hanya beberapa rangkaian sahaja masih aktif manakala bakinya atas nama sahaja utk mengaburi pandangan masyarakat sebagai pelindung kepada aktvt2 utama yg boleh mengumpul dana yg banyak. Antara aktivti perniagaan yg aktif ialah urutan refleksi dan ubat-ubatan herba tradisional. Di samping itu ia menggunakan pelajar2 sekolah Tahfiz al- mansur yg masih di bwh umur (underaged) utk menjual kalendar, cenderamata dan seumpamanya serta memungut derma anak yatim.

ISu
Isu ajaran Azhar bin Wahab timbul dlm masyarakat apabia kumpulan al-Mansur melaksanakan aktivti yg didapati bercanggah dengan Islam dan sebagai pengganti kepada gerakan kump al- Arqam yg telah diharamkan.

Dalam pd itu hasil kajian yg dibuat oleh JAKIM mendapati ada tanda2 kumpulan ini mengamalkan ajaran 'Aurad Muhammadiah' pegangan al-Arqam satu ketika dahulu di samping beberapa penambahan lain yg boleh membawa kepada kerosakan akidah.

JAKIM telah mengadakan pertemuan khas dengan pihak pengurusan al- mansur pd 15 November 2002 di putrajaya. Selain berbapa siri perbncangan dan pertemuan dn bekas2 ahli al- Mansur di Putrajaya, selamngor dan kedah.

CIRI CIRI AJARAN AZHAR BIN WAHAB
akidahnya:
-mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiyah(pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002)

-mengaku menggunakan Tawassul iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata, "Ya Allah dengan berkat dan keramat Guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit si polan.."(sama mcm Ashaari jugak kecenderungan beliau nie..)

-mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh pak Syeikh atau Wali Allah. Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai (huihh beshnyaa...) bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.

-berbai'ah akan mengikut segala artahan gutu dan merahsiakannya dari org ramai, sesiapa yg belot atau keluar hidupnya tidak akan selamat.

-memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah guru sebagai simbolik kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan

-mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib.. (gilak ahhh. ajak aa aku sama seflight dua ehehe..)

-mendakwa mempunyai masjid Jin (pulak dahh..) di smaping mengaku selalu bermesyuaratd engan golongan jin di gunung2 tertentu sprti Gunung Santubong di Sarawak.

-mendakwa mengetahui pergerakan org yg mengintip aktvitinya

-mendakwa mempunyai pengawal dr golongan jin

-menangis di hdpn pengikutnya kerana mendakwa pernah nampak dan tahu kesalahan agama yg dibuat oleh pengikutnya

- percayakan khurafat seperti:

Semasa perakan untuk melantik beliau sebagai Naib Khalifah Seni Silat mempertahankan diri al- mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. beliayu amat percaya dengan telahan dan (ketaksuban yg dicipta oleh pengikutnya) dan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta bliau menaiki belakangnya ekrana 'beliau berketurunan raja.'

Tabib dan tabibah (perempuan utk tabib) diarah untuk menggunakan keris utk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.

menggunakan setanggi yntuk diperasapkan di setiap pusat rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi du samping memberi salam kpd rasulullah saw. abi khidir dan Azhar sendiri. Ritual ini dilakukan setiap hari sbl memulakan perniagaan atau membuka kedai

segi syariat:

Mana2 ahli yang didapati bersalah dan jika dpt dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan dam (denda) sama ada dlm bentuk wang atau harta benda;

Solat waktu sentiasa dijamakkan walaupun bkn dlm musafir

Apa sahaja yg dibw oleh Azhar bin wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keuputusan dan arahannya.

Dari segai akhlak:

Memulakan ucapan dengan bersumpah memegang al-Quran.Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj Ilias bin Hj Yusuf di majlis pertemuan dengan pengarah JAKIM pd 15 November 2002 lalu.

Mendakwa boleh memberi barakah dan syafa'ah kpead anak muridnya.

Mendakwa ada keberkatan kerana boleh menarik duit pelanggan dan mereka akan mengeluarkan wang sebyk mana yg mereka ada.

Memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti Wali Allah.

Mendakwa boleh ke mana2 denegan serta merta termasuk ke CHina dan mekah.(mcm david Copperfield atau Jumper..wahahah)

Mengugut ahli agar jangan derhaka kepada beliau kerana nanti tidak mendapat karamah
.. bukan CIkgu Karimah awek aku obses dulu2..

Mewajibkan ahli agar tidak bersosial dengan masyarakat biasa

KEPUTUSAN FATWA
meysuarat jwtnkuasa Perunding hukum Syarak FaTWA Negeri selangor telah membuat keputusan bwh ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas al-Mansur Holdings Sdn Bhd.) adalah haram, kerana didapati ada percanggahan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.